“Dia Bukan Kawan Baik Saya” -Shila Amzah
Penyanyi Shila Amzah menafikan wanita bernama Siti Munirah yang didakwa isteri kedua bapanya, ND Lala itu adalah kawan baiknya.
Memetik Harian Metro, Shila berkata dia sememangnya mengenali wanita itu sejak sekolah namun tidak layak untuk digelar kawan baik.
BACA: Shila Amzah Trauma, Dedah Jadi Mangsa Dera Emosi & Kewangan
“Sudah tentu saya mengenalinya. Pada saya, tidak ada orang baik yang akan berkelakuan seperti itu. Saya tiada ucapan baik mahupun buruk kepadanya.
“Segala rasa untuk diberikan tidak memadai kepadanya sama ada sayang atau benci. Saya rasa dia tidak layak menerima apa saja rasa daripada saya,” katanya.
Menurut Shila lagi, dia dan Munirah memang rapat ketika zaman sekolah dan wanita itu sering tidur di rumah mereka. Namun, wanita itu lebih rapat dengan ibunya sebaik saja tamat sekolah.
“Dia selalu bercerita mengenai masalahnya kepada saya. Apabila dewasa pula kami memang sudah tidak begitu rapat kerana dia seorang yang suka menghilangkan diri.
“Saya anggap kami tiada persefahaman saja. Namun, dia lebih rapat dengan mak berbanding saya selepas tamat sekolah. Ini adalah realiti dan saya perlu perjelaskan kerana dia bukan kawan baik saya,” katanya.
Dalam pada itu, Shila berkata dia percaya ada hikmah disebalik apa yang berlaku pada keluarganya serta mengatakan ianya ujian.
“Untuk saya sendiri, ini bukanlah perkara asing dan keadaan keluarga saya ketika ini bukan perkara baharu. Mungkin ada keadaan atau kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
“Bagi saya, apabila ada perkara buruk berlaku, saya tidak akan melihat secara keseluruhannya adalah buruk kerana tiada apa yang abadi di dunia ini,” katanya.
Shila juga berkata dia akan sentiasa memberikan sokongan buat ibunya Fauziah Sarman untuk mengharungi ujian yang melanda.
“Kami sebagai anak tiada apa pun perkara buruk yang mahu diucapkan kepada ibu bapa kami. Cuma, kami doakan kalau mahu bahagia, ikutlah cara sendiri. Sebagai seorang anak, saya hanya mahu ibu bapa saya gembira tidak kira masih bersama atau tidak,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Sepatutnya tumpang gembira. Sebab bapa dapat teman baru. Ini tidak salah di sisi agama. Nanti kalau dapat anak dengan mak tiri, awak patut turut gembira. Ada adik baru.
harap dia bercerai dgn bapak ko dan kahwin dgn Ubai pulak..
Org lelaki fikir yg sunat je, wajib tak fikir. Sunat menambah bini. Wajib bg nafkah pd keluarga. Dgn umur 62, tiada kerja tetap, bagaimana sara keluarga? Skrg keluar rmh hingga tak dpt dihubungi. Isteri pertama tu belum cerai lg, jd bagaimana laksana tggjwb kpd isteri? Mana boleh keluar rmh sesuka hati tgglkan tggjwb mcm tak ada apa2? Poligami nk ikut agama. Memelihara rmhtangga tak nak ikut agama. Bosan dgn lelaki yg ambil agama sekerat2.
betul 200% .. bila situasi macam ni, selalu duk cakap perempuan berdosa tolak poligami.. masalahnya kalau berpoligami cara elok takdenya perempuan sakit hati. Sebabtu jangan pelik kadang ada je bini pertama yang pergi meminang bini ke 2 ke 3 ke 4… ni duk bercinta diam2 duk berskandal bagai.. dah lupa tanggungjawab kat anak bini.. tuptup kahwin dua.. tolong paham definisi CURANG ! Nak berpoligami kene bincang dengan isteri pertama ikut step betul2…
lelaki ni umpama sungai… bila di empang
di cari jalan lain …!!!