“Dia Ada Sempadan, Jaga Halal Gap” – Yasmin Hani Puji Zarif Ghazzi

Pelakon Yasmin Hani berkongsikan keperibadian aktor Zarif Ghazzi ketika bekerjama dalam siri dan filem Kudrat 1968.

Memetik Astro Gempak, Yasmin berkata Zarif banyak meluangkan masa dengan pelakon lelaki dan melihat aktor berkenaan seorang yang sentiasa menjaga batas.

BACA: Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Salah Laku, Buat Laporan Polis

“Masa dekat set, saya tak banyak sangat jumpa dia sebab dia memang lepak dengan the boys saja. The boys tak lepak dengan kita… veteran lepak dengan veteran macam tu. Tapi bila kita buat siri jelajah tu, dia ada sempadan, ada jaga halal gap. Dia pun sangat polite dan baik,” katanya. 

Sementara itu, Yasmin turut berharap isu terpalit Zarif dapat diselesaikan serta memberi pesanan kepada aktor itu untuk tidak membaca komen. 

“Harapnya isu ini dapat diselesaikan. Buat masa ini, dia kena bertenang. Jangan baca komen-komen. Jika ada pengurus atau sesiapa wakil ke, biar mereka yang update keadaan sekarang.  Otherwise, tak perlu baca untuk your own mental health. It’s too much for you to know,” katanya. 

Sumber: Astro Gempak

×