fbpx

Di Sekitar Majlis Berinai Lana Nodin, David McKenzie

Bakal melangsungkan perkahwinan pada hari esok, Lana Nodin dan bakal suaminya, David McKenzie malam ini sedang melangsungkan majlis berinai yang diadakan di hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan.

BACA: Lana Nodin Ralat Tinggalkan Dunia Seni Demi Suami

Dalam majlis yang diadakan cukup meriah bertemakan bertemakan Puteri Gunung Ledang tersebut, Lana kelihatan sungguh cantik sekali dan David juga tidak kurang kacaknya. Terserlah seri pengantin masing-masing.

Selepas persandingan nanti, pasangan itu dikhabarkan akan ke Manila untuk kem bola tampar yang disertai David McKienzie sebelum ke Amerika Syarikat untuk berbulan madu.

Apa pun semoga segala persiapan untuk hari esok akan berjalan dengan lancar dan kami kongsikan dengan anda beberapa keping gambar untuk tatapan bersama. Enjoice!

Gambar Ihsan: Avicenna Studio / Bunga Studio