Lana Nodin Ralat Tinggalkan Dunia Seni Demi Suami

Bakal bergelar isteri kepada Mohd Daud McKienzie pada 15 Mei ini, Lana Nodin mengakui dirinya ralat untuk meninggalkan dunia seni selepas berkahwin kerana bakal menghabiskan masa bersama suaminya ke luar negara.

BACA: Lana Nodin Menerima Tajaan Kahwin RM 2 Juta

“Siapa kata saya tak ralat untuk tinggalkan dunia seni yang sudah jadi darah daging dan jiwa saya. Tetapi nak buat macam mana, saya kena ikut suami. Lagipun rasanya sudah tiba masa untuk saya memperlahankan aktiviti dan memberi laluan kepada pelapis baharu untuk menyerlah,” katanya.

Selain itu, Lana menjelaskan bahawa dia pernah terfikir untuk berehat daripada dunia lakonan dan tidak menyangka hasratnya itu tertunai apabila dia dipertemukan dengan Daud.

“Semuanya seolah-olah berjalan dengan lancar, dari saat saya bertemu dengan dia sehinggalah kami nak berkahwin. Saya pernah menyuarakan hasrat hati untuk berehat sebab sudah penat bekerja dan mahu meluangkan masa untuk diri sendiri”

“Tak sangka Allah SWT dengar hasrat saya dan diberikan saya jalan begini. Lepas ini, saya tak fokus lagi kepada bidang lakonan. Insya-Allah akan fokus pula dengan dunia bisnes selepas berkahwin dengan Daud nanti,” katanya. (rtky/s)

×