Bakal melahirkan bayi sulung tidak lama lagi, Erin Malek baru-baru ini telah diraikan dalam satu majlis baby shower yang cukup ringkas dan meriah bagi meraikan ibu yang sedang hamil itu.

BACA: Erin Malek Nafi Khabar Angin Sudah Bersalin


Majlis yang diadakan dengan tema warna biru tersebut turut dihadiri oleh keluarga, rakan selebriti dan juga teman rapat. Sambutan sebegini pastinya mampu membuat ibu yang sedang hamil berasa lebih gembira menyambut kehadiran cahaya mata baru.

Sebelum ini, Erin pernah menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bersalin. Apa pun, semoga urusan Erin dan juga suami dipermudahkan di dalam menyambut kehadiran insan tersayang di dalam keluarga baru ini nanti. Kami kongsikan beberapa keping gambar sambutan majlis baby shower tersebut bersama anda. Enjoice! (rtky/s)