fbpx

Di Sekitar Majlis Aqiqah Anak Black, Khaleef Dayyan

Semalam (Sabtu), Black telah mengadakan majlis aqiqah buat anak pertamanya, Khaleef Dayyan di Dewan N’dah Mahligai yang diadakan cukup meriah selain turut dihadiri oleh keluarga terdekat.

BACA: Kes Hina Anak, Black Rancang Buat Laporan Polis

Sementara itu, menurut mStar Online, Black dikatakan berang apabila individu yang mengutuk anaknya di laman sosial sebelum ini, memanipulasi kejadian tersebut di laman Facebook miliknya baru-baru ini.

Black telah membuat laporan polis selepas seorang pengikut Instagram menggelarkan anaknya yang lahir pada Januari lalu dengan panggilan beruk dan turut mendedahkan perbuatan itu dilakukan oleh seorang penuntut sebuah universiti dan memintanya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kami pun tidak tahu bila episod memohon maaf ini akan berakhir. Semoga keluarga Black akan sentiasa bahagia dan dipermudahkan segala urusan. Kami kongsikan beberapa keping gambar majlis aqiqah anak Black bersama anda. Enjoice! (rtky/s)