fbpx

Kes Hina Anak, Black Rancang Buat Laporan Polis

Beberapa minggu lalu, kecoh di media sosial tentang luahan tidka puas hati penyanyi Black Hanifah terhadap seorang individu yang meninggalkan komen tahap menghina anak sulungnya, Khaleef Dayyan di laman Instagram.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Gagal untuk menghubungi individu terbabit secara langsung, Black Hanifah mengambil keputusan akan membuat laporan polis terhadap seorang penuntut sebuah universiti tempatan yang turut dikhabarkan menghina anak pasangan Scha al-Yahya & Awal Ashaari di internet.

BACA: Black Hanifah Beri Amaran Keras, Jangan Hina Anak

“Saya terpaksa membawa perkara ini ke tengah supaya rakan rakan artis lain tidak mengalami nasib sama. Selepas menghina anak saya, individu berkenaan juga mengutuk anak pasangan pengacara, Awal Ashaari dan Scha Alyahya”

“Jadi, saya tidak mahu lebih ramai artis ataupun orang lain terkena. Saya ambil tindakan ini untuk mengajar masyarakat supaya mereka lebih berhati-hati apabila menulis sebarang komen,” ujarnya kepada Berita Harian hari ini.

Black juga berkata beliau ada kehilangan tawaran selepas amaran keras yang dibuat di Melodi beberapa minggu lalu selain fikirannya terganggu.

“Saya ingin mencari individu berkenaan sampai dapat dan meminta beliau membuat permohonan maaf secara terbuka,” tambahnya lagi. (rtky/m)