fbpx

“Di Malaysia Kau Meninggal Baru Stop Shooting”

Ramai yang beranggapan kerjaya sebagai pelakon itu mudah, namun ia tidak seindah seperti disangka. Seperti yang didedahkan oleh Izara Aishah dimana dia terpaksa meneruskan penggambaran meskipun mengalami kecederaan teruk di pada wajahnya.

Perkara itu dikongsikan oleh Izara menerusi laman Twitternya dimana dia berdepan pengalaman buruk itu ketika menjalani penggambaran drama Ombak Rindu yang disiarkan menerusi platform penstriman iflix.

BACA: Izara Aishah, Suami Sedia Timang Cahaya Mata

Menurut Izara, ada satu babak di dalam drama itu memaparkan wajahnya lebam dan bukan kerana efek solekan. Katanya lagi, walaupun cuba menutup kesan kecederaan tersebut dengan solekan ia kelihatan agak pelik.

“Shooting dekat Malaysia ni kau meninggal baru mereka nak hentikan penggambaran. Kalau tak kau kena teruskan juga.

Izara turut memuat naik beberapa fotonya dengan beberapa kesan lebam di matanya selain gigi hadapannya sedikit sumpik.

Perkongsian Izara itu ternyata mengejutkan netizen serta ada yang meluahkan rasa marah kerana pelakon itu menerima layanan sedemikian. Tidak kurang juga ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi kepada Izara.