fbpx

Izara Aishah, Suami Sedia Timang Cahaya Mata

Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, sudah tentu soal mengenai zuriat akan menjadi pertanyaan netizen. Nampaknya, Izara Aishah memberitahu dia sudah mengambil cuti daripada berlakon sehingga tahun hadapan sebagai persedian menjadi ibu.

Sangat sukakan kanak-kanak, Izara berkata dia dan suami sudah sedia untuk menimang cahaya mata serta tidak sabar untuk bergelar seorang ibu. Namun, Izara berkata dia menyerahkan rezeki zuriat kepada Tuhan.

BACA: Izara Aishah Mengaku Suntik Bibir Untuk Lebih Mugil

“Sebelum ini, saya dan suami mahu meluangkan masa berdua, di samping berusaha memastikan kedudukan ekonomi kami stabil. Kini, kami sudah bersedia jika dikurniakan cahaya mata.

“Saya memang sukakan kanak-kanak, malah tidak sabar menggalas tanggungjawab sebagai ibu. Saya bagaimanapun, tidak mahu memberikan diri tekanan, sebaliknya menyerahkan kepada ketentuan rezeki,” katanya kepada BH Online.

Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid yang merupakan anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 17 November 2017.