fbpx

Di Belakang Tabir Video Pra Perkahwinan Apex & Leuniey Di Shah Alam

Petang ini, Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam satu sidang media khas di sebuah hotel di Damansara.

Walaupun bukan bergelar artis, kedua dua individu ini berjaya mencapai status selebriti selepas hubungan mereka kerap menjadi perhatian media & para peminat.

Malam tadi melalui program Meletop di Astro Ria menyiarkan rakaman di’sebalik tabir pembikinan video pra-perkahwinan pasangan ini di Stadium Shah Alam.

Apex dalam video tersebut mendedahkan yang mereka berdua pertama kali berjumpa di sebuah kedai makan di Kota Bharu  Kelantan,sekitar Mac 2012 yang lalu.

Leuniey pula mendedahkan yang sifat kematangan diri Apex menjadi sebab hatinya terpaut dan mengimbau saat romantik ketika sambutan harii lahir mengejut oleh Apex.

Layankan di’sebalik tabir pembikinan video pra perkahwinan Apex & Leuniey sementara menunggu pengumuman tarikh perkahwinan mereka sebentar lagi. Enjoice!