fbpx

Dewi Remaja 2019 ‘Dikurung’, Elak Kontroversi Pesta Arak Berulang

Tahun lalu, hebat diperkatakan mengenai kontroversi pesta arak melibatkan beberapa peserta Dewi Remaja sekaligus menjejaskan imej program realiti tersebut.

Tidak mahu kontroversi berulang lagi, Editor Pengurusan Remaja, Fiezreen Ahmad memaklumkan 12 peserta Dewi Remaja 2019 akan ‘dikurung’ di sebuah rumah khas dan media sosial mereka juga akan dipantau sepanjang program berlangsung.

BACA: Haneesya Hanee Dikecam Guna Kata-Kata Terakhir Sulli

“Dewi remaja kali ini menyaksikan kesemua peserta akan dikuarantin sepanjang 54 hari berterusan di sebuah rumah khas. Mereka juga akan dipantau dalam menguruskan media sosial bagi mengelakkan peristiwa lama berulang,” katanya.

Bekas juara Dewi Remaja 2005/2006 dan pelakon, Scha Al Yahya dilantik sebagai juri tetap bersama pengarah dan penyanyi Yusry Abdul Halim. Model dan selebriti popular Amelia Henderson pula dipilih sebagai hos program.

Terdahulu, program Dewi Remaja mencetuskan kontroversi apabila kejuaraan Haneesya Hanee ditarik balik berikutan tular video pesta arak bersama beberapa peserta lain.