Bukan senang untuk kita lihat seorang selebriti berani untuk pulangkan US$1 juta hasil kerja mereka.

Namun tidak bagi Nelly Furtado, beliau nekad untuk mendermakan semua wang beliau terima hasil persembahan kepada keluarga Muammar Gaddafi kepada kebajikan.

Penyanyi pop kelahiran Kanada ini menyerahkan US$1 juta wang hasil persembahan sekitar tahun 2007 itu kepada badan kebajikan Free the Children.

Nelly Furtado menyatakan hasrat beliau untuk mendermakan wang yang di’terima sejak Februari lalu namun semalam mengesahkan tindakan berhati mulia beliau itu.

Wang yang di’dermakan Nelly Furtado akan di’gunakan untuk membina sekolah perempuan di Kenya dan membantu golongan kanak kanak kurang bernasib baik di Timur Tengah & Afrika.

Usher, Mariah Carey & Beyonce juga ada menyatakan hasrat yang sama untuk memulangkan semua wang yang di’peroleh dari konsert di Itali itu — dan khabarnya antara mereka sudah melaksanakan janji.