fbpx

Paradise Single Terbaru Coldplay Dari Mylo Xyloto, Duet Dengan Rihanna

Ingat lagi sekitar Ogos lalu kami khabarkan yang Coldplay akan muncul dengan album terbaru bejudul Mylo Xyloto?

Jika anda peminat Coldplay, ini berita baik untuk anda semua. Coldplay baru sahaja menghantar e-mail kepada media seluruh dunia tentang lagu baru mereka.

Sempena dengan pelancaran album mereka 24 Oktober ini, Coldplay tekad untuk melepaskan sebuah lagi single sebagai bahan promosi awal & hadiah untuk para peminat.

Lagu bertajuk Paradise ini merupakan single kedua yang di’lepaskan kepada awam selepas kejayaan besar single Every Teardrop Is a Waterfall.

Lagu Paradise ini boleh di’katakan sekuel kepada single pertama kerana liriknya ada menyebut tajuk lagu tersebut.

Sedikit berita perkembangan album Mylo Xyloto, Rihanna dikatakan ada menyumbang suara untuk salah satu lagu dalam album tersebut berjudul Princess of China yang mengejutkan banyak pihak.

Dengarkan Paradise dari album terbaru Coldplay, Mylo Xyloto yang bakal keluar Oktober 2011 selepas ini. Apa pendapat anda?