fbpx

Dengarkan: Lagu Tema Filem James Bond Nyanyian Adele, Skyfall

Hanya sehari selepas Adele mengesahkan yang beliau terlibat menyanyikan runut bunyi untuk filem James Bond terbaru, lagu tersebut telah tertiris (bocor) ke internet.

Lagu yang mengambil tajuk sama dengan filem terbaru 007 itu, Skyfall telah di’terima baik oleh para peminat siri James Bond dan Adele sendiri dan ini sesuatu yang bagus.

Komen awal banyak membandingkan lagu ini dengan runut bunyi klasik 007 nyanyian Shirley Bassey sekitar 60’an selain turut mengetengahkan alunan orkestra bunyi ikonik 007.

Lagu ini adalah hasil tulisan Adele sendiri & di’bantu oleh penerbit Paul Epworth yang sama bekerja untuk lagu berhantu Adele, Rolling In The Deep sebelum ini.