fbpx

Dengan Tiga Kali Lafaz, Ras Adiba Sah Bergelar Isteri

Bekas pengacara TV3, Ras Adiba Radzi, 45, selamat diijabkabul semalam bersama lelaki pilihan yang juga penasihat kewangan, Ilias Yaakop, 45, bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Ras Adiba yang tampil menarik dengan gayanya tersendiri telah dinikahkan oleh bapanya, Mohd. Radzi Wahab, 73, pasangan berkenaan disatukan dengan tiga kali lafaz sekitar jam 6.10 petang semalam.

Pada majlis tersebut Ras menerima mas kahwin RM99 dan wang hantaran RM10,000. Pihak lelaki turut memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Ras Adiba yang mengalami lumpuh dari pinggang hingga hujung kaki disebabkan dari kemalangan yang dialami sekitar tahun 2002 pernah mengalami saat duka apabila perkahwinan bersama jejaka Perancis yang sepatutnya berlangsung seminggu sebelum tarikh bernikah akhirnya terputus disebabkan keluarga pihak lelaki bimbang anak mereka akan mengalami masalah jika berkahwin dengan OKU seperti dirinya.