fbpx

Demi Watak Boyish, Elfira Loy Habiskan RM2,000 Beli Pakaian

Sudah lama rasanya tidak melihat Elfira Loy muncul di kaca televisyen. Nampaknya, selepas ini kita dapat Elfira kembali beraksi apabila pelakon itu mendedahkan bakal muncul dalam telemovie Rahsia Malam Jumaat.

Difahamkan, Elfira akan membawakan watak boyish apabila dia memberitahu telah menghabiskan sebanyak RM2,000 untuk membeli pakaian bagi menjayakan karakter tersebut. Perkara itu didedahkan oleh Elfira menerusi Insta Story.

BACA: Anak Jatuh Katil, Elfira Loy Rasa Diri Tak Guna

Elfira turut berkongsikan cerita mengenai pakaian itu dimana dia membelinya di Time Square. Bagaimanapun, Elfira juga seakan rungsing mimikirkan nasib helaian pakaiannya itu selepas habis penggambaran nanti kerana almarinya sudah penuh.

https://www.instagram.com/p/CCAHHjQl-3M/?utm_source=ig_embed

“Pergi membeli-belah di Time Square untuk merubah penampilan untuk lebih ‘boyish’. Masih berfikir apa yang patut saya lakukan dengan semua pakaian selepas habis penggambaran nanti? lmari dah penuh,” tulisnya.

Selain Elfira, telefilem Rahsia Malam Jumaat itu turut dibintangi oleh pelakon dan pengacara Janna Nick.