Anak Jatuh Katil, Elfira Loy Rasa Diri Tak Guna
Menerusi perkongsian di Instagram, Elfira Loy meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila putera kesayangannya, Muhammad Rayyan Khalaf mengalami kecederaan selepas terjatuh dari katilnya.
Elfira berkata, walaupun tidak jatuh dari ketinggian yang tinggi namun kepala anaknya terhantuk sehingga menyebabkan benjolan besar di bahagian dahi. Susulan insiden itu, Elfira berkata dia kecewa dan merasakan dirinya tidak berguna.
BACA: Elfira Loy Beri Anak iPhone Di Usia 8 Bulan
“Beberapa hari lalu, kali pertama saya breakdown semasa menjaga Rayyan boi saya. Saya berasa tidak berguna dan bodoh. Saya kecewa dengan diri sendiri bagaimana saya membiarkan perkara itu berlaku.
“Saja nak kongsi sebab saya tak rasa sesiapa akan kongsi ini sebab sensitif kan nanti orang boleh fikir macam-macam cerita untuk nampak kita buruk tapi nilah realiti.
“Jadi, pada suatu hari Rayyan hanya berada di sebelah saya main main macam biasa di katilnya. El pulak tengah kemas baju dekat laci dia.
“Kemudian El rasa macam Rayyan nak tarik baju El tapi dia terhantuk kat laci dan jatuh dalam laci nasib baik tak tinggi sebab El bukak laci tu dan El sempat pegang dia tapi saya nampak benjol besar di dahinya berwarna biru,” katanya.
Elfira berkata dia mengigil dan menangis ketika kejadian itu berlaku dan berulang kali meminta maaf pada anaknya. Disebabkan terlampau panik, Elfira terus menghubungi suaminya untuk segera pulang ke rumah.
“Saya menggigil dan menangis. Saya minta maaf kepadanya seribu kali, rasa macam Ya Allah kenapa aku buat dia macamni. Saya segera hubungi suami saya dan dia memandu terus ke rumah. Walaupun dia baik-baik saja, saya tidak.
“Macam nak give up dah sebab hari-hari rasa gementar takut benda ni jadi dan akhirnya dah jadi. Nasib baik suami saya menenangkan saya. Terima kasih sayang.
“Suami bertanyakan dengan rakannya, seorang doktor. Dia cakap takde pape cuma tuam dengan ais untuk mengurangkan lebam dan saiz bengkak” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Elfira turut mengingatkan kepada ibu bapa diluar sana supaya terus ke hospital sekiranya anak mereka muntah selepas terjatuh.
Who is she????
Tu belum lg anak pandai merangkak/jalan/lari… Silap² gila terus el
Takyah la who is she bagai @zeenat oiii…tak kenal toksah la masuk column ni…biasla budak2 jatuh nak kena jaga…sedangkan kita yg tua2 bangka ni boleh jatuh
Dah nmpk makcik
Nko emang stupid!!selain tk pndai siang ikan/jaga anak! Yg nko pndai main phone jerk!! Kuikui…
Ni housewife ke artis???
Apsal cerita jobless artis ni masuk website gossip ?
I’m
Interested gossip pasal artis Yang ada kerja okay. Ada film, so laku sikit la cerita peribadi.
Ni Tah mana artis pencen.
Low class betul lah. Nak cerita pasal anak masuk forum cari untuk mak mak Yang takde kerja and bosan kat rumah.
Oh your English….how could she wrote like that one?
Ni artis ke? Pelakon ke penyanyi? Maaf Klau slah tnye
Dear kak jolie …Lantak dia la english pasar pun.. belambak org mesia cakap BM pasar kita terima.. so english pun nak pasar .. no big deal laaah.. bukan nk masuk exam pun .. :) :)
Pira loy ni org klantan kn…
English mcm google translation tulis melayu jer dik.
muka anak dara dah hilang dah mcm makcik2 petai gitew omg sgt.
Alah bodonyo laaa. Anok jatuh katil benjol pun nok masuk gosip column ke. Bazir maso aku je. Kalau smpai masuk hospital otak bergegar tu phm la jgk nk masuk news. Reporter mangkuk artis pun mangkuk.
Comelnya Rayyan ni.
Emak yang penyayang.
Jaga dan sedia sendiri makanan anak.
Semoga anak sentiasa sihat Elfira.
” Suami tanya kawan dia, seorang doktor..” nak kata kengkawan dia orang cerdik pandai gitu , bukan cam korang kengkawan korang acik-acik bawang saja ..
english ko dik LOL sgt
X de sape nak anak jatuh tangga ke jatuh katil ke jatuh dr sofa ke pira.. i 3 org anak.. mcm2 hal.. benda kadg x menyangka.. kekdg kita rasa ok insyaAllah x de ape tp jd jgk.. just selalu berhati2 je lah.. tp i x penah rasa diri ni bodo or rasa x guna mcm u.. hehehehe.. everday is a learning process.. take it easy.. buat ape yg perlu.. peace..
masa tu neneknya ajar anak pira hafal quran supaya dapat bini mcm emaknya dapat bapanya.
terlalu kusuk tidak sedar terguling2 dia jatuh
lepas ni cite ape plak
Nak give up? Give up ape? So drama mama
Dh x mcm muka elfira..ingat sapa muka dh mcm sepupu aku je..makcik sgt..mujur kulit flawless and duit byk leh dress up n facial..
Korang pon akn jdi muka makcik jgn nk perasan muda foreber and eber!
Memang la bukan nak ambil exam, tapi sampai bila tahap tu english dik L?
padan ah, sufian suhaimi deserves better than you