fbpx

Demi Moore Sahkan Tuntut Penceraian Dari Ashton Kutcher Selepas Enam Tahun

Bukan niat kami ingin sampaikan berita sedih di’pagi hari Jumaat ini, tetapi ini kisah tergempar di Hollywood sekarang.

Walaupun sudah ada khabar angin bertebaran sebelum ini tentang perpisahan mereka, namun ianya hanya di’sahkan beberapa jam lalu oleh Demi Moore sendiri.

Aktress berusia 49 tahun ini mengesahkan yang beliau sudah memulakan tuntutan penceraian daripada Ashton Kutcher dengan ‘berat hati & kesedihan paling agung’.

Demi Moore tidak menyebut secara langsung punca mengapa beliau menuntut cerai tetapi menerusi media & sumber terdekat — perbuatan curang Ashton Kutcher bersama Sara Leal pada hari ulangtahun perkahwinan ke 6 mereka adalah punca sebenar.

Ashton Kutcher mengeluarkan kenyataan melalui Twitter sejurus pengumuman Demi Moore dengan berkata, “I will forever cherish the time I spent with Demi”

“Marriage is one of the most difficult things in the world and unfortunately sometimes they fail. Love and Light, AK.”