Seringkali dikritik di laman sosial, Uqasha Senrose bagaimanapun mempunyai kekuatan tersendiri dalam menghadapi perkara sedemikian malah tetap berpegang dengan niatnya menceburi bidang seni adalah di atas minat yang mendalam.
BACA: “Uqasha Senrose Ada Ciri Yang Boleh Dijadikan Isteri”
“Saya terima apa saja kritikan daripada orang kerana ia keputusan saya dan tidak dipaksa sesiapa pun. Saya sendiri tak pernah minta dikaitkan dengan kontroversi kerana semuanya datang dengan sendiri tanpa dapat dikawal. Tanyalah mana-mana artis pun, siapa yang mahu dikaitkan dengan kontroversi dan menjejaskan nama baik?“ katanya.
Malah menurut Uqasha lagi, di sebalik semua kontroversi yang melanda, dia bersyukur kerana masih dikurniakan keluarga yang tidak putus putus memberi sokongan.
“Selepas isu buka tudung, saya mengambil keputusan untuk berehat seketika dan menghabiskan masa dengan keluarga di rumah. Saya menceburi bidang seni kerana minat yang mendalam dan segala kritikan orang tidak sedikit pun mematahkan semangat untuk terus berlakon. Sebagai pelakon, misi dan visi saya dalam bidang seni untuk dikenali dengan bakat yang dipertaruhkan, bukannya kontroversi,” katanya kepada Harian Metro. (rtky/s)