fbpx

Demi Anak-Anak, Aliff Syukri Mahu Berubah Jadi Lebih Matang

Sering dikecam kerana video ‘pelik’ yang dikongsikan di Instagram, bagaimanapun sejak kebelakangan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat tidak lagi memuat naik video yang boleh mencetuskan kontroversi.

Aliff berkata dia mahu membuka buku baru serta azam baru dengan mengurangkan perkongsiannya di Instagram miliknya. Malah, dia mahu berehat daripada media sosial dan memberi fokus pada keluarga serta perniagaan.

BACA: Aliff Syukri Dah Penat Berniaga, Nak Duduk Rumah?

https://www.instagram.com/tv/CCLzk75pn6z/?utm_source=ig_embed

“Ramai orang kata kenapa saya tidak buat video yang pelik pelik. Bukan apa, saya rasa saya dah nak berehat dan nak fokuskan kepada keluarga. Maklumlah saya dah tua.

“Ini masanya saya memberikan tumpuan lebih kepada keluarga saya dan juga bidang resort. Kalau boleh hari-hari nak macam ni sebabnya dah malas nak berfikir soal bisnes. Sudah 12 Tahun saya fokus kepada bisnes, jarang ada masa untuk keluarga,” katanya.

Berkongsikan video bercuti bersama keluarga di sebuah pulau di Sabah, Aliff mengakui bimbang jika kesibukkan dunia membuatkan dia terlepas momen indah bersama anak-anak.

“Sekarang ni saya perlu berubah dan menjadi lebih matang khususnya kepada anak anak saya yang meningkat remaja.

“Saya takut nanti apabila mereka dah besar, saya akan terlepas peluang bersama dengan mereka. Doakan saya sekeluarga selamat dan juga gembira,” tulisnya.