fbpx

Aliff Syukri Dah Penat Berniaga, Nak Duduk Rumah?

Meskipun bergelar usahawan berjaya, namun Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dia rasa penat untuk meneruskan perniagaan yang diusahakannya itu selama ini, apatah lagi perlu berdepan dengan perangai manusia yang suka mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Luahnya, bermacam-macam perkara dilaluinya termasuklah ada dikalangan pekerjanya yang pecah amanah dan mencuri duit. Ujarnya, dia merasa lelah berdepan semua itu sehingga mahu duduk di rumah sahaja.

BACA: Kes Pukul Anak Angkat, Aliff Syukri Lega Sudah Selesai

“Penat berniaga..bila kita buat bisnes, ada orang cuba mengambil kesempatan, pekerja pecah amanah, mencuri duit bertahun-tahun.

“Siap memfitnah dan memburuk-burukkan saya. Itu yang saya agak terkilan, sampai terdetik nak duduk rumah sahaja. Saya pun rasa nak suruh isteri urus bisnes kosmetik sahaja, saya malas nak ke depan dah,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Sebelum ini menerusi Instagram, Aliff ada berkongsikan luahan mengkaui sudah penat berniaga selama 12 tahun. Katanya, selama ini dia banyak membantu orang lain untuk berjaya tetapi sering ‘ditikam belakang’.

“Kadang kala saya terfikir untuk duduk di rumah sahaja habiskan duit yang mana ada sebab penat nak buat bisnes nak bantu orang berjaya bersama tapi kita pula yang dimakan.

“Terima kasih kepada anda yang dah makan saya. Susah nak percaya percaya semua sekarang, banyak sangat talam dua muka,” tulisnya.

Dalam pada itu, kata Alif, dia masih lagi menunggu hasil siasatan pihak polis berhubung isu pekerjanya yang pecah amanah baru-baru ini.