fbpx

“Dek Bisikan Syaitan Iblis, Aku & Anak Semakin Jauh”

Umum mengetahui kemelut rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila masih tiada kesudahan lagi. Malah, Sharnaaz juga sering memuat naik perkongsikan luahan rasa rindu terhadap anaknya, Jebat Jayden.

Menerusi Insta Story, Sharnaaz meluahkan semakin hari dia merasakan dirinya semakin jauh dengan anak kesayangannya itu. Malah, Sharnaaz turut terkilan dengan pihak yang ingin memisahkan mereka.

BACA: Tiada Ruang Berdamai, Kes Sharnaaz & Noor Nabila Berlanjutan

“Selamat malam sayang ba Jebat Jayden. Dek bisikan syaitan dan iblis, kita makin jauh. Tapi seinci cek tak pernah jauh dari minda dan hati ba. My life, my power, my boy,” tulisnya.

Terdahulu, Sharnaaz meluahkan rasa sedih apabila terlepas melihat perkembangan terkini anaknya, Jebat Jayden. Menurut Sharnaaz, dia tidak dapat melihat proses Jebat belajar berjalan depan matanya sendiri.

Terdahulu, Nabila menfailkan perceraian terhadap Sharnaaz Ahmad pada 27 Ogos lalu. Namun, Sharnaaz menolak dan tidak bersetuju dengan tuntutan cerai isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu.