fbpx

Tiada Ruang Berdamai, Kes Sharnaaz & Noor Nabila Berlanjutan

Nampaknya, kemelut rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila masih tiada kesudahan lagi apabila Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutan, Kuala Lumpur menetapkan tarikh 4 Disember ini untuk melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam).

Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak gagal mencapai jalan penyelesaian bagi masalah mereka dalam Jawatankuasa Pendamaian (JKP) yang dilantik sebelum ini.

BACA: Sharnaaz Ahmad Sedih Terlepas Lihat Anak Membesar Depan Mata

Hakam adalah proses diperuntukkan mengikut Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Aktara Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan) 1984 dimana mahkamah mempunyai kuasa melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak yang mempunyai maklumat mengenai isu rumah tangga Sharnaaz dan Nabila.

Sementara itu, peguam yang mewaikili Sharnaaz memberitahu pihaknya sedang mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan segala masalah agar masing-masing dapat hidup aman damai.

“Keputusan hari ini, mahkamah menetapkan pelantikan hakam bagi menyelesaikan semua isu dan mencari jalan terbaik. Kita ada peruntukan undang-undang untuk merujuk kes ini ke hakam pula.

“Dua-dua pihak ada alasan masing-masing dan kalau tiada penyelesaian mereka ada hak untuk bawa ke peringkat seterusnya iaitu hakam,” katanya.

Terdahulu, Nabila menfailkan perceraian terhadap Sharnaaz Ahmad pada 27 Ogos lalu. Namun, Sharnaaz menolak dan tidak bersetuju dengan tuntutan cerai isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu.