Baru sahaja reda kontroversi panas Aliff Aziz bersama pelakon baru Oktovia Manrose, nampaknya kisah rumah tangga Aliff dan Bella Astillah semakin hangat diperkatakan apabila satu demi satu kecurangan Aliff dibongkarkan oleh isterinya.
Sering mendedahkan kes kecurangan suaminya di media sosial, nampaknya ada sesetengah netizen sudah mula bosan dan naik menyampah dengan tindakan Bella itu.
BACA: Aliff Aziz Padam Semua Gambar Bella Astillah Di Instagram
Rata-rata netizen seakan berang dengan Bella yang hanya meluahkan perasaan mengenai suaminya di media sosial namun jika terjadi lagi isu yang sama Bella begitu mudah memaafkan Aliff.
Kata netizen lagi, bukan tidak bersimpati dengan nasib Bella tetapi sampai bila perlu berdiam diri dan membiarkan hati terus disakiti. Malah ada yang memberi nasihat kepada agar Bella terus bangkit dan move on.
Semalam, Bella sekali lagi mendedahkan kecurangan suaminya namun kali ini dengan wanita lain pula. Malah ada individu mendakwa melihat Aliff di dalam kereta bersama seorang wanita di Johor beberapa hari lalu.
Setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada kedua-dua belah pihak berhubung isu tersebut. Apa pun diharap mereka dapat menyelesaikan segala permasalahan dengan baik.