fbpx

Aliff Aziz Padam Semua Gambar Bella Astillah Di Instagram

Nampaknya masih belum reda lagi masalah rumah tangga pelakon Aliff Aziz dan Bella Astilla. Semalam, Bella sekali lagi mendedahkan kecurangan suaminya namun kali ini dengan wanita lain pula. Malah ada individu mendakwa melihat Aliff di dalam kereta bersama seorang wanita di Johor beberapa hari lalu.

Susulan isu tersebut,  sejak semalam ruangan komen Instagram Aliff Aziz dihujani dengan komen kritikan dan kecaman netizen.  Tidak kurang juga, ada netizen tertanya-tanya mengapa tiada langsung gambar Bella Astillah seperti sebelum ini.

BACA: Bella Astillah Dedah Lagi Kecurangan Aliff Aziz

Malah tiada lagi gambar keluarga serta ucapan manis untuk hari jadi isterinya yang dimuat naik pada 15 Mac lalu. Hasil carian netizen, Aliff Aziz juga dilihat tidak lagi mengikuti Bella di laman Instagram.

Setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada kedua-dua belah pihak berhubung isu tersebut. Apa pun diharap mereka dapat menyelesaikan segala permasalahan dengan baik.