fbpx

Dedah Fathia & Zarina Mabuk Cari Gaduh Di Kelab Malam

Selepas kes berpelukkan dengan Ismail Izzani, nampaknya ‘best friend forever’ Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie sekali lagi mencetuskan kontroversi. Kali ini khabarnya rakan baik itu bergaduh dengan seorang gadis di kelab malam.

BACA: “Mata Lebam Bukan Sebab Saya Ambil Dadah”

Menerusi Instagram, seorang gadis dikenali, Eka Zahidin mendedahkan dirinya dan rakan diserang Fathia dan Zarina yang mabuk ketika menari hingga melanggar mereka dan menumpahkan minuman.

Apa yang lebih mengejutkan, Eka juga mendedahkan Fathia yang dalam keadaan mabuk menyelak bajunya hingga menampakkan payudaranya. Manakala Zarina pula didakwa seperti gangster memarahi beliau dan rakannya.

Selain itu, Eka juga mendakwa Zarina telah meludah kepadanya dan rakan ketika pergaduhan itu berlaku. Perlakuan Fathia dan Zarina bagaimanapun mengejutkan gadis itu kerana penampilan mereka yang sudah bertudung.

Eka juga sempat berkongsi paparan skrin rakannya bertanya kepada Fathia mengenai kejadian tersebut ketika live di Instagram. Jelasnya Fathia mula memandang Zarina dengan muka terkejut dan mengakhiri live tersebut.

Makin menjadi-jadi pula kontroversi sahabat baik ini. Apa yang menjadi persoalan adalah imej mereka yang sudah bertudung tetapi masih berparti sakan di kelab malam. Apapun kedua mereka masih belum memberikan komen mngenai hal ini. (rtky/w)