fbpx

“Mata Lebam Bukan Sebab Saya Ambil Dadah”

Sering didakwa mengambil dadah kerana mempunyai kantung mata yang lebam, Fathia Latiff menjelaskan ianya kerana genetik keluarganya yang memiliki campuran Arab menyebabkan matanya lebam sebegitu.

BACA: “Saya Tak Bercinta Dengan Ismail Izzani, Bukan Taste Saya”

“Saya ni ada campuran Arab, jadi memang akan ada kesan lebam bawah mata macam ni. Saya boleh saja buat sesuatu dengan eye bag ni, buat pembedahan atau cucuk sana-sini, tapi saya tak mahu. Ini memang semula jadi, tuhan cipta saya begini. I don’t do drug, man!”

Kenyataan itu dibuat ketika Fathia menjawab pertanyaan peminat semasa live di Instagram. Katanya lagi, beliau memang tidak suka memakai mekap jika tidak perlu menghadiri majlis, sebab itulah mata lebamnya lebih kelihatan.

“Sampai bila nak cover muka dan badan tu. Saya ni lebih suka biarkan sahaja muka tanpa mekap, lebih-lebih lagi berada di luar rumah. Kalau ada shooting atau majlis, perlulah bermekap. Kalau hari-hari biasa, saya lebih selesa tanpa sebarang solekan,” jelasnya di Instagram.

Pelakon kontroversi itu juga berasa hairan mengapa orang ramai suka bercakap buruk mengenainya meski beliau tida berbuat apa-apa. Terbaru Fathia dan Zarina Anjoulie terbabit dengan kontroversi di kelab malam bersama Ismail Izzani.

Jadi Fathia sudah menjawab persoalan ramai mengenai matanya yang lebam, rupa-rupanya kerana genetik keluarga. Tidak perasan pulak orang Arab yang datang ke Malaysia mempunyai mata yang lebam. (rtky/w)