fbpx

Deborah Henry Tidak Berjaya Untuk Ke Pusingan Akhir Miss Universe 2011

Nampaknya perjuangan wakil Malaysia di Miss Universe 2011 telah berakhir.

Walaupun beraksi cemerlang dengan merebut lima tempat teratas dalam beberapa kategori, Deborah Henry perlu akur dengan ketentuan juri.

Dalam siaran langsung Miss Universe 2011 di’kaca televisyen, nama Deborah Henry tidak tersenarai dalam 10 peserta akhir.

Malah senarai awal 16 peserta terakhir turut tidak menyenaraikan nama Deborah Henry. Kami tetap bangga dengan kamu di’sana dan kami tahu kamu telah melakukan yang terbaik.

Turut tidak tersenarai adalah Miss USA & Miss Columbia yang di’sebut sebut sebelum ini sebagai calon hebat untuk menjadi peserta Top 10 pusingan akhir.

UPDATE-1: Pemenang Miss Universe 2011 adalah Miss Angola, Leila Lopes dan 4 peserta lain dalam senarai Top 5 ialah Miss China, Miss Philippines, Miss Brazil & Miss Ukraine. Tahniah Leila Lopes!

Siaran langsung Miss Universe 2011 masih berlangsung ketika ini dan kami akan update kepada antara senarai seterusnya apabila kami mendapat maklumat terbaru. Stay tuned!