Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa bengang apabia didakwa bertindak kasar terhadap pembantu peribadinya susulan laporan berita yang hangat diperkatakan baru-baru ini.
Menerusi sesi live di TikTok, Uqasha menafikan dakwaan berkenaan apatah lagi dia kini sibuk menguruskan anaknya dan dia tidak tergamak melakukan perbuatan sedemikian.
BACA: Pembantu Peribadi Pelakon Wanita Popular Ditahan Polis
“‘Debik’ (pukul) PA (pembantu peribadi)? Biar betul? Aku di rumah dengan anak saja. Ingat aku gengster sangat nak ‘debik’. Aku dengan anak 24 jam, nak pergi ‘debik’ orang dah kenapa,” katanya.
Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai laporan pembantu peribadi yang ditahan polis di atas dakwaan kesalahan mencuri barangan kemas milik seorang pelakon wanita popular.
Difahamkan, pembantu peribadi itu juga ada membuat laporan di IPD Daerah Gombak semalam mendakwa dipukul pelakon wanita terbabit.
Kata sumber, punca pembantu peribadi itu dipukul kerana didakwa mereka cerita rumah tangga pelakon itu sedang bermasalah.
SUMBER: Harian Metro