Pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas didakwa mencuri barangan kemas aktres itu semalam.
Memetik Harian Metro, sumber Harian Metro memberitahu wanita berusia 28 tahun itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor.
“Difahamkan kecurian berlaku pada Jun lalu selepas pelakon wanita itu menyedari rantai emas miliknya hilang. Bukan itu saja, rantai emas milik anak pelakon itu juga turut hilang,” katanya.
Sumber berkata lagi, pelakon wanita itu juga turut berdepan kehilangan wang RM10,000. Pemeriksaan di rumah wanita terbabit di Gombak turut menemui semula barangan kemas tersebut.
D ifahamkan, pembantu peribadi itu juga ada membuat laporan di IPD Daerah Gombak semalam mendakwa dipukul pelakon wanita terbabit.
Kata sumber, punca pembantu peribadi itu dipukul kerana didakwa mereka cerita rumah tangga pelakon itu sedang bermasalah.
SUMBER: Harian Metro