fbpx

‘Deactivate’ Instagram, Peminat Risau Keadaan Scha Alyahya

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya secara tiba-tiba telah memadam akaun Instagram miliknya selepas memuat naik status di Instagram Story yang bertulis “I’ve had enough!”.

Tindakan pelakon itu sekaligus menimbulkan kebimbangan di kalangan peminat sehingakan ramai yang bertanyakan tentang perkara itu di ruangan komen media sosial suaminya, Awal Ashaari.

BACA: Hamil Anak Kedua, Scha Alyahya Tak Malu Mengaku Baby PKP

Rata-rata netizen meninggalkan komen di Instagram Awal dan membuat spekulasi mengatakan Scha memadam akaun media sosial tersebut mungkin kerana sedang marah, merujuk kepada hantaran terakhirnya itu.

Malah, ada mendakwa mungkin Instagram Scha telah digodam pihak yang tidak bertanggunjawab. Meskipun dihujani soalan daripada netizen, Awal dilihat tidaka memberi sebarang respon di ruangan komen.

Dalam pada itu, netizen mendoakan kesihatan dan keselamatan Scha memandangkan dia kini sedang berbadan dua. Apa pun kita nantikan sahaja penjelasan daripada Scha dan Awal nanti.