fbpx

Hamil Anak Kedua, Scha Alyahya Tak Malu Mengaku Baby PKP

Sekian lama menanti dan kini sedang berbadan dua, pelakon Scha Alyahya berkata kehamilan keduanya itu adalah rezeki yang hadir di saat pandemik wabak COVID-19 melanda dunia.

Usia kandungan kini sudah mencecah lima bulan, isteri kepada pengacara Awal Ashaari itu berkata dia tidak malu untuk mengakui bahawa kehamilan keduanya itu adalah rezeki ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA: Awal Ashaari Risau Perubahan Mendadak Scha Alyahya Ketika Hamil

“Ini baby PKP (perintah kawalan pergerakan). Saya tak malu untuk mengatakan ini rezeki saya semasa PKP. Terima kasih PKP,” katanya.

Menerusi satu temubual, Scha berkata dia dan Awal sememangnya merancang untuk memiliki cahaya mata kedua awal tahun ini. Malah, dia sempat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim (endometiosis) pada Januari lalu.

“Saya telah menjalani pembedahan kedua membuang ketumbuhan dalam rahim. Kali pertama sebelum mengandung Lara Alana.

“Jadi kita memang merancang untuk punya anak kedua, dan ya, PKP, dan inilah dia,” tambahnya.

Berkongsikan mengenai perjalanan kehamilan kedua itu, Scha berkata dirinya agak down saat melalui fasa pertama kehamilan sehinggakan mahu memadam akaun Instagram namun dibantah oleh Awal.