fbpx

Dayang Nurfaizah Lima Tahun Hidup Tanpa Telefon Bimbit, Anda Mampu?

Kredit Foto Tanpa Prejudis: Kapturalis

Di zaman manusia berlumba-lumba untuk memiliki telefon bimbit terbaru & tercanggih di’pasaran, masih ada mereka yang hidup selesa tanpa itu semua.

Dayang Nurfaizah memberitahu mStar Online hari ini yang beliau sudah lima tahun tidak menggunakan telefon bimbit selepas telefon’nya hilang sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun.

Dayang turut memberitahu jika sesiapa mahu bercakap kepada beliau, mereka boleh menghubungi pengurus beliau, Shaliza.

Namun begitu, Dayang Nurfaizah bukanlah seorang yang anti teknologi, beliau turut mempunyai beberapa gadget normal seperti iPod, Portable PlayStation (PSP), dan notebook.

Menariknya, Dayang Nurfaizah berkata beliau berkemungkinan memiliki semula telefon bimbit jika satu hari nanti beliau mempunyai kekasih. Kuasa cinta, kan?