fbpx

Dayang Nurfaizah Akui Tidak Pandai Bercinta

Bakal mencecah umur 35 tahun Julai nanti, penyanyi Dayang Nurfaizah kini masih lagi solo malah dalam masa yang sama turut menjelaskan kepada Kosmo! Online bahawa sememangnya dia tidak pandai bercinta.

BACA: Dayang Nurfaizah Mahukan Lelaki Yang Ikhlas

“Setiap wanita pastinya mengimpikan rumah tangga dan ada anak, namun saya percaya itu semua jodoh dan akan datang sendiri apabila tiba masanya. Buat masa sekarang, saya fokus dengan karier dan keluarga namun jika jodoh tiba-tiba datang, apa salahnya”

“Soal sama ada ada lelaki cuba mendekati ataupun tidak, sejujurnya saya tidak perasan semua itu. Jika mahu, datang dan beritahu saya kerana mahu mengharapkan saya memulakannya, memang tidak tahu sampai bila”

“Saya memang tidak reti dan tiada pengalaman bercinta termasuk cinta monyet dan sebagainya,” jelasnya. Tambah Dayang, keluarga pun dalam masa yang sama tidak memberi tekanan terhadap perkara tersebut.

Semoga satu hari nanti akan hadir seorang lelaki yang jujur di dalam hidup Dayang. Malah itu juga adalah perkara yang pernah dinyatakan sendiri oleh Dayang sebelum ini selain menyerahkan soal jodoh dan anak kepada Tuhan. (rtky/s)