Dayang Nurfaizah Akui Cemburu Tengok Ramai Artis Dah Kahwin
Tahun ini usianya bakal mencecah 40 tahun, penyanyi Dayang Nurfaizah akui menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga apatah lagi selepas melihat ramai rakan artis sudah menamatkan zaman bujang.
Bagaimanapun, Dayang berkata dia juga teringin untuk bergelar isteri. Ujarnya, dia tidak merancang namun menyerahkan soal jodoh kepada takdir.
BACA: Hael Husaini, Dayang Nurfaizah Bakal Bertunang?
“Saya tak merancang tapi saya jealous… tapi semua itu adalah soal jodoh. Saya pun teringin tapi tengok la macam mana, insyaAllah kalau ada jodoh nanti,” katanya kepada mStar.
Ogos tahun lalu, hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan apabila penyanyi itu dikatakan bakal mengikat tali pertunangan dengan Hael Husaini, namun gosip tersebut dinafikan oleh Hael.
Bagaimanapun, sebelum ini, Hael mengakui Dayang Nurfaizah merupakan wanita paling rapat dengannya serta menyerahkan soal jodoh mereka kepada Tuhan apabila ramai peminat mengharapkan pasangan ini ke jinjang pelamin.
- SUMBER
- mStar Online
Dayang, jom kawin
Tengok Dayang, dah ada orang kat atas tu ajak kawen. Apa alasan lagi??
dayang, baik single drp dinikahi lelaki seperti Dr Adam ittew
Dayang, jangan memilih too much. Asal laki tu ada duit, cukup fit untuk bagi you zuriat aku rasa dah kira ok ckit. Lepas kau dah dpt anak and kalau dia liat utk cukupkan nafkah dgn sempurna dan tak setia, angkat kaki je. At least dappat anak. Zaman skrg susah nk dpt yg semourna. Kita pun x sempurna
Cantik macam ni tak kan tak ada orang nak..? Memilih sangat ni….
Saya pun jealous giler tngk org kwin murah2 jek. Saya kawin dulu buat loan smpai 10 tahun pun lom tau abis ke bayar hutang walau acara x grand mana pun…
Dr Adam tak sabar nak bawak g honeymoon tasik dayang bunting
Sabarlah dayang. Dlm dunia ni kalau kita merampas pastu bajet suci baru bahagia. (scream ctdk). Pompuan yg ade class mmg sulit jodoh. Lelaki plak mostly level gampang skrg. Tlg cari mat salleh mcm kavitha sidhu dgn kulit u yg gojes. Baru worth it. Sedap mata memandang sampai mati.
Dayang ada class. Selalu kelihatan angun .
dh tu kawin la..jgn memilih nanti dh tua x sape yg nak..lelaki xpe..tp perempuan susah sbb nk beranak susah..