fbpx

David Teo: Uqasha Senrose Akan Rugi Kerana Buta Dalam Percintaan

Belum usai lagi kisah percintaan Uqasha Senrose & Pekin Ibrahim yang kini sudah pun melibatkan pengurusan Metrowealth (MIG) dan aktress itu ada meluahkan keinginan untuk menamatkan kontrak.

BACA: Isu Bercinta, Uqasha Senrose Mahu Keluar Dari MIG

David Teo melalui Media Hiburan hari ini mengulas tentang isu percintaan pasangan ini dan jelas ia’nya sesuatu yang kurang menyenangkan tetapi masih boleh memberi peluang kedua.

“Kita bukannya halang dia untuk bercinta. Cuma dia masih baru, belum setahun pun bersama MIG & kita pula mahu membentuk dia menjadi artis yang terkenal dan popular,” jelas David Teo.

“Biarpun kecewa dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan, saya masih berharap dia cepat sedar kerana rugi jika bakat yang ada dipersia-siakan begitu sahaja kerana buta dalam percintaan.”

David Teo turut menjelaskan yang pihaknya meminta Uqasha Senrose memadam gambar berpimpinan tangan itu tetapi ianya masih di’endahkan dan jika masih berdegil, tindakan undang undang akan di’ambil.