fbpx

David Teo Nafikan Halang Shaheizy Sam & Yana Samsudin Menyanyi

Layaknya lagu duet pasangan ini, Begini Caranya ke separuh akhir Muzik Muzik ke 27 memang menjadi kebanggaan para peminat mereka yang jenuh mengundi.

Namun, berita yang Shaheizy Sam & Yana Samsudin tidak akan muncul di’atas pentas Muzik Muzik untuk persembahan seakan meremukkan harapan para peminat.

Dan, pihak pengurusan mereka MIG di’katakan menjadi punca kerana tidak melepaskan kedua dua pelakon ini untuk tujuan itu & hari ini David Teo tampil menjawab.

“Saya memang terkejut & kecewa kerana ia tidak benar sama sekali. Kami hanyalah menguruskan karier lakonan & segala hal yang berkaitan nyanyian, kami tidak akan campur tangan”

“Jika mereka bersetuju untuk menyertai pertandingan itu, kami pihak pengurusan tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyokong mereka,” ujar David Teo kepada Berita Harian.

Dalam kenyataan berkaitan isu yang sama, Shaheizy Sam dan Yana Samsudin mengakui yang keputusan untuk tidak tampil membuat persembahan adalah keputusan mereka sendiri.