fbpx

Datuk Vida: Saya Tidak Kisah

Bukan selalu penaja mendapat liputan media meluas lebih dari program yang ditaja itu sendiri, itu kuasa pemasaran yang dijalankan oleh jenama Qu Puteh yang diasaskan oleh Datuk Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida di pentas Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29).

Beliau menerima kecaman dan kritikan hebat dari orang ramai ekorang kaedah pemasaran yang dikatakan cukup menjengkelkan sepanjang acara tahunan itu berlangsung.

BACA: Chef Wan Berhenti Tonton AJL 29 Kerana Muak Dengan Qu Puteh

“Saya tidak ambil pusing tohmahan & sindiran orang ramai termasuk apa yang diperkatakan Chef Wan. Saya hanya berjuang untuk hak saya dan bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini”

“Selepas anugerah itu berlangsung saya terkejut bila ramai yang melemparkan tohmahan terutama di laman sosial termasuk Chef Wan yang menutup TV kerana iklan saya. Apa yang disampaikan dia (Chef Wan) tidak benar kerana iklan saya muncul hanya setiap 15 minit saja,” ujar Datuk Vida.

GALERI: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Jambu Anugerah Juara Lagu Ke 29

Datuk Vida juga berkata beliau melaburkan RM3 juta untuk memasarkan produk beliau di AJL 29 & tidak salah untuk menggunakan cara beliau sendiri.

“Sebagai seorang ahli perniagaan sudah tentu saya mahu produk saya menonjol. Apa guna kalau saya laburkan wang berjuta-juta tetapi hasilnya tiada,” tambahnya lagi.

Jika dilihat kepada angka tontonan Anugerah Juara Lagu ke 29 yang mencecah 6 juta penonton di malam itu, nampaknya pelaburan Datuk Vida dan Qu Puteh berbaloi. (rtky/m)