fbpx

Datuk Vida Rancang Beli Kereta RM14.5 Juta Untuk Anak 9 Tahun

Ketika ini, bidaan untuk mendapatkan nombor pendaftaran eksklusif VIP 1 dan VIP 6 sedang hangat berlangsung dan jutawan kosmetik, Datuk Vida berhasrat untuk mendapatkan nombor tersebut untuk untuk kereta mewah Bugatti Veyron buat anak lelakinya yang baru berumur 9 tahun.

BACA: Dato Seri Vida Diberi Amaran Jangan Selfie Dengan Penyokong

Menurut Vida, dia enggan mendedahkan jumlah bidaan yang dibuat untuk nombor siri khas tersebu malah turut menyatakan keyakinan bahawa nombor tersebut bakal dimilikinya. Sementara itu, idea untuk mendapatkan Bugatti Veyron adalah kerana kenderaan tersebut diminati oleh anaknya, Muhammad Eric Zaquan.

“Muhammad Eric melakukan carian sendiri di komputer terhadap kenderaan tersebut sebelum menyuarakan impiannya itu kepada saya mengenai kereta sport berkenaan”

“Jadi saya melihat nombor pendaftaran VIP ini unik dan bersesuaian sekiranya dapat diletakkan pada Bugatti Veyron yang diminati anak saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bugatti Veyron mempunyai kelajuan maksimum 407 km/j dengan harga mencecah AS$3.6 juta (RM14.5 juta), malah kenderaan itu juga hanya dikeluarkan sebanyak 150 buah sahaja di dunia.