fbpx

Datuk Red Selesa Tidur Dalam Kereta

Usahawan, Datuk Red yang juga bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi berkata dia selesa tidur dalam kereta serta sedang biasakan diri selepas bercerai dengan dua isterinya.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Datuk Red berkata dia mampu untuk menyewa rumah namun dalam proses mengajar dirinya serta meminta orang ramai tidak perlu risau akan dirinya.

BACA: Datuk Red, Isteri Pertama Sah Bercerai

“Saya kini selesa tinggal dan tidur di dalam kereta. Tiada masalah pun. Alhamdulillah saya masih diberi kesihatan yang baik. Jangan risau dan tak usah risaukan saya. Terima kasih semua.

“Saya juga berkemampuan untuk menyewa rumah atau bilik, cuma sekarang nak biasakan dan mengajar diri saja. Semua ini (bercerai) masih baharu berlaku pada Selasa lalu,” katanya.

Menurut Datuk Red lagi, dia menerima banyak mesej daripada orang ramai yang menawarkan bantuan mahu memberikan tempat tinggal namun dia menolak secara baik.

“Terima kasih banyak-banyak. Bukan saya tak mahu, tetapi saya malas nak susahkan orang. Saya juga semakin selesa begini.

“Lagi pun, sebuah bilik yang saya sewa untuk dijadikan ruang perniagaan, kini di dalam proses ubah suai lagi dan sebabkan itu jugalah saya terpaksa bermalam dalam kereta,” katanya.

Minggu lalu, Datuk Red akhirnya berpisah dengan isteri pertama iaitu Datin Red. Sebelum ini, rumah tangganya dengan Adira juga berakhir selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga.

SUMBER: Harian Metro