fbpx

Datuk Red, Isteri Pertama Sah Bercerai

Rumah tangga usahawan Datuk Red dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau Datin Red berakhir apabila sah bercerai talak satu pagi tadi.

Memetik Astro Gempak, Datuk Red melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor.

BACA: Macam Tiada Harapan, Datuk Red Reda Jika Terpaksa Cerai Isteri Pertama

Sementara itu, Datin Red bersetuju untuk tidak membuat beberapa tuntutan terhadap bekas suaminya iaitu nafkah iddah dan mutah.

Sebelum lafaz dibacakan, Datuk Red dan Datin Red sempat bersalaman dan bermaafan buat kali terakhir. Datin Red turut memaklumkan dia berada dalam keadaan suci dan tidak hamil.

Terdahulu, Datin Red memfailkan cerai terhadap Datuk Red pada Januari lalu. Bulan lalu, Datuk Red sah bercerai dengan isteri keduanya, penyanyi Adira Suhaimi. 

SUMBER: Astro Gempak