fbpx

Datuk Red Raih RM78,000 Sehari Jual Biskut Raya

Nampaknya rezeki suami kepada Adira Suhaimi iaitu Datuk Red melimpah ruah selepas tular kisahnya tiada kerja selama lima tahun serta mengakui muflis sejak tahun 2019.

Terbaru, Datuk Red didakwa memperoleh pendapatan RM78,000 sehari hasil jualan biskut Red Velvet di platform TikTok baru-baru ini.

BACA: “Semoga Jadi Asbab Dia Tawar Hati Nak Teruskan Cerai” – Datuk Red

Menerusi jualan di TikTok Shop, biskut yang dijual pada harga RM35 sebalang itu laris terjual melebihi RM2,000 balang.

Bukan itu sahaja, platform live TikTok jualan ahli perniagaan itu turut mendapat lebih daripada 15,000 jumlah tontonan.

Malah, Datuk Red juga dilihat tidak kekok dan petah mempromosikan barang jualannya serta rajin melayan dan menjawab soalan diajukan daripada pengguna media sosial.

SUMBER: Kosmo