fbpx

Datuk Red Minta Maaf Kepada Isteri Pertama

Hangat diperkatakan mengenai isu membabitkan kedua-dua isterinya iaitu Adira Suhaimi dan Datin Red, Datuk Red mengakui ianya adalah salah dirinya sendiri.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, Datuk Red berkata sebelum ini dia tidak suka apabila hal peribadi dan soal rumah tangga dikongsikan di media sosial namun akhirnya terjadi pada dirinya.

BACA: Adira Tetap Bagi Sokongan Kepada Suami

Datuk Red menjelaskan temu bual bersama media tempoh hari bukan untuk meraih simpati tetapi mahu mencari pekerjaan dalam masa sama memberi nafkah buat keluarganya.

@dato..red

maaf tumpang lalu

? original sound – abg red – abg red

“Ni cerita pasal rumah tangga. Orang kenal saya punca saya berkahwin dengan Adira. Tempias saya tu kemudian terkena kepada isteri pertama saya, Datin Red. 

“Kalau tak sebelum ni, kami berdua tak ada siapa pun nak ambil tahu. Bila jadi benda ni, saya fikir balik saya tak boleh nak salahkan mereka berdua. Sebenarnya salah saya.

“Masa temu bual tu saya cakap, saya cuma nak bercerita pasal diri saya. Kalau boleh kalau korang buat kenyataan jangan terpalit nama Adira. Sebab dia induk kami, mencari rezeki,” katanya.

Sementara itu, Datuk Red memohon maaf kepada isteri pertamanya iaitu Datin Red kerana tidak menyebut namanya ketika temu bual tersebut kerana ianya secara spontan. Malah, Datuk Red mengakui kedua-dua isteri banyak membantunya termasuk Datin Red yang sanggup menjual tanah.

“Masa soalan tu, kebetulan pasal berbuka. Saya cerita pasal anak nak berbuka. Cuma terkhilaf saya, saya punca segala-galanya sebab tak sebut nama isteri pertama saya tu.

“Memang betul dia ada tolong saya, dia pun dapat duit tanah dijual. Dua-dua banyak tolong, saya tak boleh nak senaraikan semua. Bagi isteri pertama, saya minta maaf kerana tak sebut nama dia semalam.

“Benda apa yang saya cakap semalam pun saya tak tulis dalam skrip. Soalan tu pun secara spontan. Tapi saya rasa saya ada sebut tapi biasalah wartawan. Tak akan wartawan nak keluarkan semua. Saya harap lepas ni tak ada isu. Adira tak kacau orang, you pun jangan kacau orang. Sudah-sudah, yang salah saya,” katanya.