fbpx

Adira Tetap Bagi Sokongan Kepada Suami

Meskipun suami kini berada dalam kesusahan, penyanyi Adira Suhaimi berkata dia tetap akan memberikan sokongan kepada suaminya, Datuk Red yang sudah jatuh muflis sejak 2019.

Memetik mStar Online, Adira berkata dia sentiasa memberikan sokongan buat suaminya kerana masih mahu berusaha untuk selesaikan masalah dihadapinya itu.

BACA: “Pinjam Duit Aku Tak Nak Cerita Pula, Sampai Jual Tanah Nak Tolong” – Datin Red

“Saya macam mana pun tetap beri sokongan kepada Datuk Red selagi dia mahu berusaha. Saya akan sentiasa sokong. Saya cuba bantu apa yang boleh antaranya bagi dia semangat,” katanya.

Dalam pada itu, Adira juga berharap orang ramai turut memberikan sokongan serta semangat kepada suaminya untuk kembali bangkit serta tidak mengecam Datuk Red.

“Kalau dia nak berusaha itu, Alhamdulillah. Jangan bagi dia ‘down’ lagi, harap semua orang bagi dia semangat. Memandangkan dia sedang berusaha ini, kita bantulah apa yang boleh toling,” katanya.

Sementara itu, Adira enggan mengulas mengenai pengorbanan dilakukan apabila suaminya berkata penyanyi itu yang menanggung keluarga kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

SUMBER: mStar Online