fbpx

Datuk Red Minta Tempoh 5 Tahun Bayar Hutang RM7 Juta

Usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red berkata dia sudah melantik peguam untuk membantunya menyelesaikan isu hutang sebanyak RM7 juta.

Memetik mStar Online, Datuk Red berkata dia juga turut meletakkan tempoh maksimum lima tahun untuk menyelesaikan hutang berkenaan serta mendedahkan dia berhutang dengan lebih 100 orang.

BACA: “Tak Mahu Anak-Anak Lihat Bapanya Macam Minta Sedekah” – Datuk Red

“Hampir RM7 juta dan lebih 100 orang yang saya berhutang tapi saya tak mampu nak bayar sepenuhnya secara terus sekarang.

“Tapi ada cara dan prosedurnya untuk mereka tuntut hutang pada saya dengan hubungi peguam kemudian kita ikut cara yang sepatutnya supaya ada ketelusan dalam membayar hutang itu.

“Saya tak suka salahkan orang, saya salahkan diri sendiri. Jadi saya jangkakan hutang saya mungkin akan langsai dalam tempoh lima tahun, InsyaAllah,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Red berharap mereka yang terlibat dapat memberikannya sedikit waktu serta bersabar untuk dia menyelesaikan wang tersebut.

“Saya dah cuba macam-macam usaha sejak lima tahun lepas. Tapi Allah SWT berikan jalan lebih-lebih lagi selepas temu bual bersama mStar. Inilah jalan terakhir saya untuk jelaskan hutang saya. Andai kata dah selesai semua hutang, Allah nak cabut nyawa saya pun tiada masalah,” katanya.

SUMBER: mStar Online