fbpx

Datuk Red Datang Mahkamah Hanya Naik Kapcai

Sejak beberapa bulan lalu hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Adira Suhaimi apabila penyanyi itu memfailkan perceraian kali kedua terhadap suaminya, Datuk Red.

Namun lebih mengejutkan, bukan saja Adira malah madunya iaitu Datin Red juga turut ingin menuntut cerai. Datuk Red atau Adnan berkata berkata keputusan kedua-dua isterinya memfailkan perceraian bukan pakatan mahupun komplot yang dirancang sebaliknya kebetulan.

BACA: Bakal Hilang 2 Isteri, Datuk Red Anggap Kebetulan

Hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini, Datuk Red tampil bersahaja dengan kemeja berwarna merah jambu. Meskipun memiliki gelaran Datuk Seri, Datuk Red hadir ke hahkamah dengan menaiki motosikal kapcai Honda EX5 dan berselipar sahaja.

Datuk Red berkata dia reda dengan apa yang berlaku dalam rumah tangganya sehingga kedua isterinya membuat permohonan cerai serta menganggap berpunca daripada kesilapannya terdahulu.

“Saya cuba selamatkan sebaik mungkin untuk kedua-duanya tapi ini bukan dugaan tapi balasan atas apa yang saya lakukan sebelum ini,” katanya.

Difahamkan, Datuk Red turut berdepan dengan permohonan perceraian yang difailkan Datin Red di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac.