fbpx

Bakal Hilang 2 Isteri, Datuk Red Anggap Kebetulan

Bukan saja bakal kehilangan isteri kedua, suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red juga bakal kehilangan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafika Hassim atau Datin Red  yang juga turut menuntut cerai.

Memetik Hib Glam, Datuk Red berkata keputusan kedua-dua isterinya memfailkan perceraian bukan pakatan mahupun komplot yang dirancang sebaliknya kebetulan.

BACA: Adira Nekad Cerai, Datuk Red Anggap Balasan Dosa Lalu

“Keputusan cerai mereka tidak ada pakatan. Cuma kebetulan, masing-masing ada hak sendiri dan itu permohonan mereka sendiri. Jadi saya tetap mahu mencuba mempertahankan.

“Lepas ini, saya nak ke Kuala Selangor pula. Mungkin orang lihat saya luaran masih boleh gelak ketawa tapi dalaman lelaki ini jenis lemah tapi tak nampak.

“Bayangkan tiba-tiba ada dua tapi boleh hilang sekelip mata. Kalau kenangkan dulu, mungkin boleh cari perempuan lain tapi sekarang tidak, lebih-lebih lagi anak pun sudah ramai,” katanya.

Sementara itu, Datuk Red berkata dia akan mempertahankan rumah tangganya serta mengakui sebagai manusia biasa dia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Difahamkan hari ini, Datuk Red dan Adira hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Gombak, Rawang bagi mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Peguam mewakili Datuk Red turut memaklumkan anak guamnya turut berdepan dengan permohonan perceraian yang difailkan Datin Red di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac.