fbpx

Datuk Red Dah Tak Merajuk, Balik Rumah Isteri Pertama Selepas 5 Hari

Selepas beberapa hari keluar atas urusan kerja, Datuk Red akhirnya pulang ke rumah isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau Datin Red hari ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, dapat dilihat anak-anaknya berlari ke kereta dan meluahkan rasa rindu terhadap bapa mereka selepas lima hari tidak berjumpa serta memaklumkan esok dia akan berjumpa dengan anak-anak Adira pula.

BACA: Lepas Jadi Model Baju Raya, Datuk Red Dapat Job Dari Jenama Kambing Perap Popular

@dato..red

#anggrekasananggunayub #tungupapaesok #kameralagisatuanksulungrakam #datored #abgred

? takkan hilang budi doremi – Bomaxxx

“Hari ini Sabtu, untuk pengetahuan semua saya keluar rumah sejak hari Selasa pagi. Lima hari dah saya keluar rumah. Baju ini lah yang saya pakai  sepanjang lima hari.

“Saya baru sampai rumah isteri saya yang pertama. Sebelum ini saya tidak pandai sangat buat video dan konten kemudian nak post di media sosial. Tetapi atas permintaan dua individu yang banyak menolong saya untuk buat video apabila tiba di rumah.

“Saya nak lihat reaksi anak-anak saya, tak mahu buat konten yang lebih-lebih nanti orang kata drama pula. Esok (Ahad) insya-Allah saya buat video berjumpa dengan anak-anak Adira pula,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Red berkata dia akan terus bangkit untuk memperbaiki diri demi keluarganya serta mahu menebus kesilapan lalu.

“Video yang saya buat hanya untuk bercerita tentang diri saya. Untuk melangkah dan bangkit dari masa silam, tebus dosa-dosa. Ramai betul mendoakan saya, alhamdulillah,” katanya

Sebelum ini, Datuk Red memberitahu dia merajuk serta meminta netizen memujuk dua isterinya untuk kembali ke pangkuannya.

SUMBER: mStar Online