fbpx

Datuk Red Akui Jalin Hubungan Dengan Pelakon Baru

Masih tidak serik dengan kejadian lalu, suami kepada Adira, Datuk Red sekali lagi mengakui ada menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pelakon yang berasal dari Sabah. Namun hubungan tersebut berakhir apabila wanita itu sendiri memberitahu Adira mengenai hubungan mereka yang terjalin.

BACA: Datuk Red Menggatal, Adira AF Turut Dikecam

“Ya, betul cerita tu, saya memang ada berkawan dengan seorang pelakon wanita tapi hubungan tersebut sudah diketahui Yayang (Adira) selepas pelakon itu sendiri bocor rahsia. Pada awalnya dia janji tak mahu kecoh-kecoh, tapi dia pula yang bagi tahu Adira.

“Memang kena marahlah saya. Mungkin juga ada kehendak dia yang tak saya turuti,” katanya kepada m Star Online mengenai khabar angin mengatakan beliau bercinta dengan pelakon yang dikenali sebagai N.

Siapa yang mengenali Datuk Red pasti tahu ini bukanlah kali pertama beliau ‘bermain cinta’ di luar walaupun sudah beristeri dua. Sebelum ini, Datuk Red pernah ‘kantoi’ apabila perbualnya bersama seorang wanita tersebar di media sosial. Difahamkan juga kejadian itu berlaku ketika Adira belum beranak.

Tidak pasti sama ada Adira sudah pasrah dengan kelakuan suaminya atau tidak kisah dimadukan, tetapi Adira memang pernah menyatakan beliau redha jika suaminya itu berkahwin lagi kerana sedia maklum dirinya yang baru lepas beranak dan mempunyai badan tidak secantik dulu. Apapun diharap isteri-isteri terus tabah dengan kelakuan suami seperti ini. (rtky/w)