fbpx

Datuk Hans Isaac Dilantik Pengerusi FINAS

Hari ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengumumkan pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 8 April.

KKMM dalam kenyataannya berkata, pelantikan itu berdasarkan pengalaman luas Hans dalam bidang perfileman dan terkenal sebagai seorang pelakon, penerbit dan pengarah filem.

BACA: Hans Isaac Jelaskan Isu Mesej, Tak Mahu Terus Sengketa

Dalam pada itu, Hans turut berterima kasih kepada KKMM diatas kepercayaan yang diberikan kepada beliau. Menurut Hans lagi, beliau tidak mahu bercakap lebih tetapi akan berusaha untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

“Saya sudah ada manifesto untuk membangunkan FINAS kerana selama 25 tahun banyak dengar orang bercakap saja tapi tiada hasil.

“Saya akan berbincang dengan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri) dan ahli lembaga pengarah lain mengenai merealisasikan manifesto yang sudah dibentangkan sebelum ini. Saya tak nak cakap lebih, biar hasil yang bercakap,” katanya kepada Harian Metro.

Untuk rekod, Hans pernah menerima pelbagai anugerah dalam industri perfileman tempatan dan Pengarah Urusan, Social 360 Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terbabit dalam bidang keselamatan dan insurans.

Terdahulu, beliau pernah menjadi Ahli Lembaga Penasihat FINAS dan Ahli Lembaga Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada 2012.

Hans merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Institute of Commerce, Singapura dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel dari Kolej Stanford, Malaysia